Monday, February 23, 2009

10 CARA MENAKUTKAN JIRAN ANDA


1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur….nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu…. lagi wangi lagi real…

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah…hehehe”.

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Putera Raja Zorgon’ depan jiran2.Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror….!

8 comments:

H.A.K.E.E.M said...

ni bukan menakutkan???
ni keje giler!!!

Syamim A Manaff said...

asal kau penuuh dgn idea jahat?
tak pe lah. asalkan kau tak menghina and terus2 fitnah aku, aku dh syukur

~~H..A..N..I..S..A..H~~ said...

tah pape tah...
xd paedah nyer...
menyushkn diri ad lar..
haha

mean machine's said...

hakeem : hahaha skali skala wat keje gler ape salah nyer...jom...bile nk takutkn apek sblh umah??hehe

syamim : bila plak ak hina ko??ko yg hina dri ko sndri..ak ye kn je la..kalo x ak gak yg kna...hehehe

hanisah : xsruh buat pn...just jd bhn bcaan...

ima said...

cacat seh kalo dapat jiran camtu...

mean machine's said...

haha....bkn cacat la...dh nme pn nk takutkn jiran....hehe

Fazlina said...

Yin suke buat kerja giler. tak habes2 nk jatuhkan orang ke kancah gila sama level dgn die.

mean machine's said...

hahaha....ok r tu...sama2 giler..
bleh jd kwn....haha